Saturday, March 3, 2012

Kelebihan Urutan Bayi




- Menghasilkan ikatan ibu bapa dan bayi
- Tenang
- Bayi rasa disayangi
- Membantu bayi tidur dengan nyenyak
- Meningkatkan sistem imunisasi
- Rangsangan sentuhan
- Menyihatkan kulit bayi
- Melancarkan sistem pengaliran darah
- Membantu sistem penghadaman
- Membantu dalam pernafasan
- Menlegakan kesakitan pada gigi
- Membantu ibu bapa mengenal bayi (keperluan dan kehendak)
- Menenangkan ibu bapa
- Membina keyakinan ibu bapa dan bayi
- Pengalaman yang menyenangkan
- Merangsang penghasilan hormon oksitoksin (hormon yang dihasilkan ketika proses mengurut. Membantu menenangkan seseorang)
Ikatan adalah cinta, sambungan, penerimaan, ketenangan, kasih sayang, kegembiraan, empati, kesatuan, kehangatan, keseronokan, komunikasi dan keakraban
“Bonding is a unique relationship between two people. It is specific and endures through time.” M. KLAUS
Sentuhan adalah elemen yang sangat kuat dalam ikatan setiap insan, seperti komunikasi, verbal atau non-verbal, dan bertentangan mata yang berpanjangan. Urutan pada bayi menyumbangkan segala aspek dalam elemen ikatan ini. Ikatan yang lemah mampu menjurus kepada situasi bayi pra matang, komplikasi, kurang sokongan fizikal atau emosi dan juga tekanan selepas bersalin. Dalam hal ini, urutan pada bayi mampu menghasilkan 


Friday, March 2, 2012

How To Order

Hubungi stokis berdekatan anda atau hubungi kami di 

HOTLINE 013-5995875



Thursday, March 1, 2012

Bekam ?

 

76 PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN OLEH KAEDAH BEKAM 

(KAEDAH SUNNAH NABI S.A.W)


1) Kegemukan
2) Penyakit kaki gajah
3) Sakit pinggang
4) Sakit perut
5) Sembelit
6) Gangguan jantung
7) Radang perut
8) Alergi makanan
9) Sengal tulang
10) Sesak nafas
11) Asma
12) Insomnia
13) Cirit birit
14) Kejang otot
15) Kencing manis
16) Gangguan pundi
17) Menggigil
18) Kencing malam
19) Tonsil
20) Gatal-gatal
21) Radang usus besar
22) Stress
23) Gangguan pundi hempedu
24) Pusingan haid tidak teratur
25) Masalah Ginjal
26) Tekanan darah tinggi
27) Sakit lutut dan sendi
28) Sakit kaki
29) Sakit tulang belakang
30) Gangguan jiwa
31) Stroke
32) Gout
33) Rematoid
34) Bisul
35) Kurang imun
36) Sinus
37) Sakit kawasan perut
38) Gangguan rusuk
39) Buasir
40) Mandul
41) Kuat tidur
42) Membaiki peredaran darah
43) Pembuluh darah sempit/sumbat
44) Sakit punggung
45) Badan kurus
46) Membuang tabiat merokok
47) Sakit bahu/tengkuk
48) Pekak
49) Jangkitan kuman
50) Kurang daya ingatan
51) Kurang fokus
52) Sakit punggung
53) Gangguan pundi
54) Kaki semut-semut
55) Salah urat
56) Lumpuh menyeluruh
57) Lemah syahwat dan masalah prostat
58) Pening kerana gangguan haid
59) Sakit paha dan tapak kaki
60) Sejuk tapak kaki
61) Tegang/gelisah
62) Tumor otak
63) Lutut yang kaku
64) Gangguan pankreas
65) Kejang-kejang
66) Bisu
67) Penyakit mata
68) Berhenti haid
69) Bengkak testis
70) Tekanan darah rendah
71) Penyakit rahim
72) Keputihan
73) Masalah kesuburan
74) Batuk kronik dan penyakit paru-paru
75) Sihir
76) Saka

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Sabda RASULULLAH SAW : "Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam".Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?,baginda menjawab, Al-Sam itu ialah maut" Hadis Sahih Al-Bukhari

 013-5995875

1 cup = RM 7 shj !!!

Wednesday, February 29, 2012

Isteri Dingin?? Petua Untuk Isteri



Disebabkan kesibukan rutin harian, kebanyakan isteri mungkin agak dingin bila diajak bersama. Maklumlah, keletihan tahap maksimum setelah menguruskan keperluan suami dan anak-anak. Itu belum campur dengan urusan di tempat kerja lagi. Memang penat, kan?


Tapi kalau dapat suami yang memahami dan ringan tulang, mungkin tak terasa sangat, kan lagi? Orang kata, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Selain menjimatkan masa, banyak lagi perkara yang boleh dilakukan bersama.Tak gitu?


Selain daripada membantu isteri menguruskan rumahtangga, ada satu lagi kunci untuk mengembalikan keghairahannya. Iaitu dengan menyediakan ramuan tradisional khas. Anda perlu berikan isteri minum ramuan ini dulu setiap hari selama seminggu.




Bagi menyediakan ramuan tradisional ini, anda perlukan;


~ 20 biji lada hitam



Lada Hitam @ Black Pepper


~ Halia sebesar ibu jari


~ 1 biji kuning telur ayam


~ 50 gram sarang burung walit




Cara penyediaannya;




1. Bersihkan lada hitam dan halia. Tumbuk lumat keduanya.


2. Sarang burung walit juga perlu dibersihkan. Buang segala bulu dan kotoran yang melekat.


3. Kemudian, rebuskan sarang burung walit dengan 2 gelas air.


4. Seterusnya, masukkan lada hitam dan halia yang telah dilumatkan ke dalamnya.


5. Biarkan kesemua ramuan tersebut mendidih.


6. Setelah mendidih, biarkan ia suam dan tapiskan ke dalam cawan atau gelas.


7. Masukkan kuning telur ke dalam cawan berisi air rebusan tadi dan kacau hingga sebati.




Berikan isteri anda meminumnya dengan penuh kasih sayang. Jangan terlalu memaksa atau berkeras. Berikan dorongan agar si isteri dapat minum secara teratur selama seminggu. Ini untuk kebaikan anda juga. Setelah seminggu berlalu, sepatutnya anda dah boleh lihat perubahannya.

Selamat mencuba & moga hubungan intim anda kembali seperti dulu-dulu ataupun lebih menggelegak daripada sebelumnya.

klik sini jika anda lelaki
klik sini jika anda wanita :



Tips Kuruskan Badan Dengan Berkesan

Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!

Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.

Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.

Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:



1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.


6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.
Sebagai contoh:
*Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,
*Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),
*Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)
*Minum petang (3.30 - 4.00 petang)
*Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)


Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.


Sebagai contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.


10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.


Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.